Bersihkan jiwamu dan tersenyum lah dengan nikmat ALLAH yang ada di sisimu...
Orang yang bersih hatinya,
sentiasa rendah diri dengan ALLAH Taala,
Sering sahaja baik sangka dengan Tuhannya..
Jika mendapat ujian kesusahan,
hatinya berkata;
" Kerana dosakulah ujian ini datang"
"Tuhan menghukum ku kerana dosaku"
"moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat"
Kalau ada orang lain yang bernasib baik,
mungkin berpangkat atau kaya,
gembira hatinya..
Dia menumpang gembira dengan kegembiraan orang lain..
Sekiranya ada orang yang mendapat kecelakaan,
accident, miskin, sakit,
hatinya turut sedih dengan kesedihan orang..
Jika dia mendapat nikmat,
dia merasa malu dengan Tuhannya,
kerana merasa tidak layak menerima nikmat itu,
Hatinya merasakan," Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat
untuk aku bersyukur atau kufur?"
Cemas jiwanya,
gembiranya tidak begitu ketara,
kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya..
Hajat-hajatnya yang tidak tertunai
dia redha,
sentiasa berbaik sangka dengan Tuhan,
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah,
kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana mentakdirkan..
Bila disusahkan orang,
terus teringat dosanya,
"Kerana dosakulah
aku disusahkan."
Dia tidak berdendam
bahkan mendoakan orang itu,
dengan kebaikan..
Nikmat Tuhan disyukurinya,
pemberian dan pertolongan orang
diingati dan dibalasinya..
Hatinya sentiasa cemas,
kematian di depan mata,
bila-bila masa boleh tiba..
Gelisah dengan dosanya,
amal-ibadahnya dilupakan sahaja,
kerana dia tidak tahu apakah diterima atau sebaliknya..
Kakinya di dunia,
namun hatinya sentiasa dengan Tuhannya,
perasaannya sentiasa memikirkan akhirat,
Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhannya..
Semoga kita tergolong di kalangan orang2 yang bersih hatinya, InsyaALLAH..aamiin~~

No comments:
Post a Comment