Sunday 17 July 2011

Formula Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran....


Bukan setakat memohon untuk dikurniakan jodoh, peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat. Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita.
Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”
Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.
Menurut An-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata , “Doa itu termasuk ibadah,” lalu beliau membaca ayat 55 dari surah Ghafir seperti di atas.[1] Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda, “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa.” [2]
Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :
1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]
6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,
laila.jpg
Kemudian mengatakan, fighrli.jpg atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]
7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]
8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]
9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]
Wallahu’alam.

Teknik Bagaimana Menjadi Seorang Pendengar Yang Baik Daripada Al-Quran


Apabila seorang Datuk Bendahara berkata kepada sultan, “patik kurang periksa, tuanku,” ia tidak bermaksud beliau sebagai orang besar tidak mempunyai kapasiti untuk memeriksa sesuatu hal. Ia secara tersirat bermaksud, “aku tak tahulah!”
Jika seorang ayah berkata kepada satu rombongan peminangan, “anak saya baru saja habis belajar, belum pun dapat kerja lagi,” ia bukan bermaksud beliau menyuruh rombongan itu datang semula selepas anaknya mendapat pekerjaan. Ia secara tersirat bermaksud, “aku rasa anak aku tak sesuai kahwin dengan anak engkau.”
Dua orang insan dari myJodoh yang bertemu dan berbual panjang untuk kali pertama sudah tentu mempunyai harapan yang tinggi. Ketika salah seorang berkata, “saya masuk myJodoh ini bukan untuk cari jodoh pun, tetapi untuk menambah kenalan,” ia tidak memberi maksud beliau tidak berniat untuk berkahwin atau main-main menyertai myJodoh. Ia secara tersirat bermaksud, “aku memang nak kahwin, tetapi bukan dengan engkau, engkau ok untuk dijadikan seorang kawan sahaja.”
Ini adalah bahasa-bahasa tersirat yang sering digunakan agar tidak melukakan pihak lain. Masalah sering timbul apabila mesej yang cuba disampaikan tidak diterima dengan baik, lalu disalah anggap.
Jika mesej tidak diterima dengan betul, sultan tadi mungkin berkata, “kalau kurang periksa, pergilah periksa sampai habis.”
Jika mesej tidak diterima dengan betul, pihak rombongan meminang tadi mungkin berkata, “bertunanglah dahulu, nanti dah dapat kerja, kahwinlah.”
Jika mesej tidak diterima dengan betul, salah seorang pasangan yang bertemu tadi mungkin berkata, “ceh! dia ni tak serius, jahat, buat apa orang macam ni dalam myJodoh? Main-main saja! Kenapa dalam myJodoh banyak orang macam ni?”
Bahasa-bahasa tersirat ini banyak digunakan setiap hari, banyak didengari tetapi tidak difahami. Untuk menjadi seorang “good listener” atau pendengar yang baik, seseorang perlu melatih diri untuk merenung kata-kata orang lain. Bukan setakat dengar, tetapi renung!
Antara latihan yang paling mujarab adalah dengan merenung ayat-ayat Al-Quran. Firman Allah di dalam surah Yunus ayat 24, “Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).”
Al-Quran hanya mengandungi 6,666 ayat, tetapi mengandungi petunjuk seluruh sistem kehidupan manusia dan alam. Tidakkah anda berasa pelik apabila Kamus Dewan lebih tebal dari kitab Allah? Ini adalah kerana Al-Quran memuatkan banyak ayat untuk manusia berfikir. Its compact yet complete.Dengan berpandukan hadith-hadith nabi, ayat-ayat yang pendek dan padat dapat dihuraikan menjadi sesuatu yang besar, seterusnya menjadi penyelesaian kepada seribu satu macam masalah manusia dan alam.
Sudah tentu, proses merenung Al-Quran perlu dilakukan dengan kaedah yang betul dan berpandukan sumber yang betul. Ia boleh dimulakan dengan membeli sebuah terjemahan bernilai tidak lebih dari RM20.00 di pasaran. Jika bertemu sesuatu yang tidak difahami, rujukkan perlu dilakukan segera. Di internet, anda boleh bertanya masalah tafsir dengan warga Al-Ahkam (www.al-ahkam.net) atau dengan Dr Danial Zainal Abidin (www.formulacemerlang.com)
Kajian juga perlu dilakukan sedikit demi sedikit. Ia bukan novel cinta yang perlu dihabiskan dalam masa satu malam. Ingat, anda sedang melatih minda untuk berfikir. Memadai dengan beberapa ayat setiap hari untuk difikir dan direnung. Di dalam Tafsir At-Tabari, Imam At-tabari telah merekodkan kenyataan Ibnu Mas’ud, bahawa beliau dan para sabahat dahulu mempelajari tidak lebih dari sepuluh ayat Al-Quran setiap kali, mereka tidak akan melampauinya sebelum betul-betul memahami secara benar maknanya dan mengamalkannya. [1]
Wallahu’alam.
Selamat mengkaji dan merenung!

12 waktu mustajab utk berdoa....

Salam ukhwah ya sahabat2... ^_^
12 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Slain usaha dn twakal,doa ialah satu2nya cra utk mncpai ssuatu hjat. Ada waktu2 trtentu pling mustajab utk brdoa kpd ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:

1) Smsa Lailatul-Qadar.
2) Ktka hjan trun.
3) Ktika mmulakn dan stlh slsai solat.
4) Ktika mghdpi brisan msuh di mdan pprngan.
5) Di tgh mlm.
6) Di antra azan dan iqamah.
7) Ktka sjud dlm solat.
8) Ktika iktidal akhir dlm solat.
9) Ktika khtam (tmt) mmbwa 30 Juz al-Quran.
10) Spnjng mlm, pling utama sprtiga awl dan sprtiga akhir (wktu shur).
11) Mlm Jumaat dn spjng hri Jumaat krna mnghrpkn brsua dgn saat ijabah (diprknankn doa) yg trltak di antra trbit fjar hgga trbnm mtahri pd hri Jumaat.
12) Di antra wktu zhur dn asar dn antra wktu asar dn mgrib.

Friday 15 July 2011

Allah Tersangat Baik..

Allah sangat baik. Dia beri aku akal. Dengan akal, aku dapat berfikir.
Allah sangat baik. Dia tak pernah ambil akal aku, apabila aku gunakan akal aku untuk merancang buat jahat.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku mata. Bukan satu, tapi dua. Dengannya, aku melihat.
Allah sangat baik. Walaupun aku banyak buat maksiat dengan mata ini, Dia tak ambil penglihatan aku.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku mulut. Aku boleh bercakap.
Allah sangat baik. Dia tak ambil mulut aku, sedangkan aku selalu bercakap benda-benda yang keji.
Allah baik. Terlalu baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku telinga. Aku mendengar dengannya.
Allah sangat baik. Walaupun aku selalu mendengar benda-benda yang tak berfaedah dan keji, Dia tak ambil telinga aku.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku hidung. Aku boleh bernafas.
Allah sangat baik. Dia tak hentikan pernafasan aku walaupun aku banyak buat jahat.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku jantung yang sentiasa berdegup. Aku boleh hidup.
Allah sangat baik. Dia tak hentikan degupan jantung aku semasa aku sedang buat maksiat.
Allah sangat baik.

Allah sangat baik. Dia beri aku tangan. Aku boleh memegang benda.
Allah sangat baik. Dia tak cabut tangan aku apabila aku buat jahat dengan tangan ini.

Allah sangat baik. Dia beri aku kaki. Aku boleh berjalan sebab ada kaki.
Allah sangat baik. Dia tak ambil kaki aku walaupun aku selalu berjalan kearah benda-benda buruk.

Allah sangat baik. Kerana itu, aku mahu memberikan buah tangan sebagai tanda terima kasih.
Tapi, ada orang kata Allah sangat kaya. Dia tak perlu dan tak mahukan hadiah. Aku tak percaya.
Aku mahu juga berikan buah tangan.

Aku kumpul harta banyak-banyak.
Tapi Allah tak perlukan harta.

Aku belajar pandai-pandai.
Tapi Allah tak perlukan ilmu.

Aku berhias cantik-cantik.
Tapi Allah tak perlukan kecantikan.

Aku buntu. Apa Allah mahu?
Ternyata, Allah tak mahu apa pun dari aku. Kerana Allah sangat baik.

Terima kasih Allah.
Terima kasih Allah.
Terima kasih Allah.

Lalu, wajarkah aku bermaksiat lagi sedangkan Allah sangat baik kepada aku?

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Renung2kn..^_^

p/s->Sebarkan hukum Allah walaupun sepotong ayat semoga kita mendapat
rahmatNya..amin ya rabbal a’lamin…^_^