SITI KHADIJAH
- Beliau merupakan isteri Rasulullah SAW yang melahirkan anak-anak Rasulullah
SAW, setia dan menyokong Rasulullah Saw walaupun ditentang hebat oleh kafir dan
musyrik, menghantar makanan kepada Rasulullah Saw ketika baginda beribadat di
Gua Hira’.
SITI FATIMAH –
Anak Rasulullah Saw yang tinggi budi pekertinya, sangat kasih dan setia kepada
suaminya, Saidina Ali walaupun Ali seorang yang miskin. Tidur berkongsikan
bantal dan kadangkala berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku
takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali memaafkan kamu.
SITI AISHAH –
Beliau isteri Rasulullah Saw yang paling romantik. Sanggup berkongsikan bekas
makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Rasulullah minum, di situlah
beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.
SITI HAJAR –
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup di
tinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari
air untuk anaknya, Nabi Ismail (pengorbanan seorang
ibu mithali).
SITI MARIAM –
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah
yang tinggi sehingga rahimnya di pilih Allah SWT untuk mengandungkan NAbi Isa.
SITI ASIAH –
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang
dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.
SITI AMINAH –
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah. Mendidik baginda menjadi
insan mulia.
SITI MUTI’AH –
Isteri yang patut di contohi dan di janjikan Allah syurga untuknya kerana
setianya kepada suami, manjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk di pukul
oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik
untuk tatapan suaminya sahaja.
SITI ZUBAIDAH –
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun al-Rashid. Sanggup
membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai
dengan niat kerana Allah SWT.