Tuesday 21 January 2014

~~~BERBAKTI KEPADA IBUBAPA~~~


Assalamualaikum ^_^ Alhamdulillah~~segala puji-pujian hanya untuk Pencipta Yang Maha Esa~~
Lama sgt rasanya aisyah tak berblog kn?hehe~~pew khbr shabat-shabat smuanya?sht?syah harap smuanya sht2 jew yew  ;)

Entry syah kali niey ialah *BERBAKTI  KEPADA  IBUBAPA*

WAJIB  BERBAKTI
Setiap anak  wajib  berbakti  kepada  IbuBapa.Ini  dijelaskan  Allah  dalam pernyataannya  dalam  surah  an-Nisak  ayat 36  yg  bermaksud;
“Sembahlah  Allah  & Janganlah  kamu  mempersekutukannya  dgn  sesuatu  pun.Dan  berbuatlah  Ihsan (Berbuat  Baik) kepada  Orang  tua( Ibubapa).”
Nabi  Muhammad  juga  menyatakan  kewajipan  anak  berbuat  ihsan  atau  berbakti  kepada  oaring  tua.Ini  jelas  daripada  kata-kata  Nabi  yg  dinyatakan  oleh  at-Tabrani;
“Berbaktilah  kamu  kepada  kedua  Ibubapa  kamu agar  anak-anakmu  kelak  akan  berbakti  kepadamu.Dan  peliharalah  dirimu  daripada  penzinaan  agar  para  isterimu  memelihara  dirinya.”
Berbakti  kepada  kedua  Ibubapa  wajib  kerana  ia  adalah  hukum  Allah.Anak  yg  enggan  berbakti  kepada  dua  Ibubapanya  dianggap  anak  derhaka  &  perbuatan  derhaka  adalah  dosa  besar.
Derhaka  kepada  Ibubapa  termasuk  dalam  empat  dosa-dosa  besar.Keadaan ini  jelas  berdasarkan  kata-kata  Nabi  yg  dinyatakan  oleh  Bukhari;
 “Sebesar-besar (daripada) dosa besar  adalah  menyekutukan  Allah,membunuh  manusia,derhaka  kepada  dua  Ibubapa  &  menjadi  saksi  palsu.”
Perintah Islam  supaya  anak  berbuat  baik  kepada  kedua  Ibubapa  adalah  perintah  yg  wajar.Baru  sahaja  3 bulan  mengandung,si Ibu  menghadapi  pelbagai  keperitan.Badan  selalu  tidak  bermaya,kepala  kerap  pening  &  hendak  muntah.
Apabila  kandungan  semakin  besar usianya,hatinya  diganggu  waswas,khuatir  &  penuh  tanda  tanya. Apa akan  terjadi  kepada  anak  yg  bakal  dilahirkan?Apakah  jantinanya?Adakah  sempurna  anggotanya? Adakah  sihat  &  pelbagai  persoalan lagi.
Apabila  tiba  saat  melahirkan,perasaan  Ibu  bertambah  gelisah.Bimbang dengan  keselamatan  diri  &  anak  sentiasa  menghantui  fikiran.Apabila  tiba  saat  melahirkan  &  selepas  terdengar  suara  tangisan  bayi,Kesakitan  yg  selama  ini  ditanggung  bagaikan  terubat.
Anak  yg  baru  lahir  memerlukan pemeliharaan  yg  memerlukan  banyak  pembiayaan,tenaga  &  ketekunan.Si  Ibu  rela  berjaga  malam apabila  si anak  sakit  &  sanggup  membiarkan  perutnya  berkeroncong bagi  memastikan  anak  tidak  kebuluran .
Sejak kecil,kedua-dua  Ibubapa  bersusah  payah  menjaga  anak.Mereka  bertanggungjawab  atas  keselamatan  si anak  baik  daripada  segi  lahir  mahupun  batin.Apabila  anak  semakin  membesar,urusan  &  keperluan yg  perlu  dipenuhi  oleh  Ibubapanya   pula  semakin  bertambah.
Ibu  menjadi  manusia  pertama  mendidik  &  menjadi  guru  bagi  si anak  sebelum  ia  bersekolah.Semua  ini  memerlukan  perbelanjaan  yg  bukan  sedikit.Oleh   sebab  itu,jasa  mereka perlu  dihormati &  dihargai.Memang  tidak  dapat  dipertikaikan lagi  mengapa  Islam  menganjurkan  kita  berbakti  kepada  kedua-duanya (Ibubapa).
DERHAKA  KEPADA  IBUBAPA  &  AKIBATNYA
Anak  yg  enggan  berbakti  kepada  ibubapanya  dianggap  anak  derhaka.Anak  itu  akan  menerima  balasan  seksa  Allah sejak  di dunia lagi.Keadaan ini jelas  kalau  kita  meneliti  kata-kata  Nabi  yg dinyatakan  oleh at-Tabrani,
”Dua (Kejahatan) yg  akan  dibalas oleh  Allah di dunia  ini adalah  zina &  Derhaka  kepada  Ibubapa.”
Terdapat banyak contoh yg  menunjukkan  pengajaran betapa  azabnya derita  yg  ditanggung  oleh  anak  derhaka di dunia ini.Seksa  ini dating  dalam  bentuk penderitaan  sakit,baik sakit jasmani ataupun rohani,sukar mencari  nafkah,gagal  mencari  pekerjaan  & gagal dalam  usaha,hidup  serba  kacau,tidak pernah  mengalami  ketenteraman  &  sebagainya.
Sebagai  Contoh  Anak yg Derhaka Kepada Ibubapanya;
Kisah Wail Bin Khattab  yg  berlaku  pada  zaman  Nabi Muhammad adalah salah  satu  daripada  Kisah anak derhaka.Lantaran  terlalu  cintakan  isteri,Wail  selalu  mencaci  Ibunya.Ia  segera mempercayai apa  sahaja  yang  dilaporkan isterinya berkaitan  dengan  Ibunya.
Semasa Wail  menghadapi  saat  kematian,dia mengalami penderitaan  sakit yg tidak  terhingga.Ia  menggelupur  mengeluarkan  keringat dingin  yg  membasahi seluruh  tubuh  badannya.Mati  tidak,sembuh pun tidak ada  harapan.
Selama  berpuluh-puluh hari dia (Wail) berada  dalam  keadaan  demikian.Matanya  merah  menyala.Mulutnya  terbuka lebar  tetapi kerongkongnya  tersumbat  sehingga  tidak  terdengar  jeritan.Kaki &  tangannya  kaku.
Para  sahabat  menunggu  saat  kematiannya,namun  tidak  tiba.Mereka  berasa  terharu  melihat  penderitaan yg  dihadapi Wail.Mereka  bersilih  ganti  mengajar  Wail mengucap  Dua  Kalimah Syahadah.Namun,semuanya  menemui  jalan  buntu.
Wail  cuba  sedaya  upaya  mengucap  Dua Kalimah Syahadah,tetapi yg kedengaran  daripada  mulutnya  hanya  perkataan, ;
“Oh… oh… oh… oh….”  Sahaja.Keadaannya  semakin  mengerikan.
Akhirnya,seorang  sahabat  Ali Bin  Abi  Talib menemui  Nabi  bagi  menceritakan  keadaan  Wail.nabi  Muhammad  meminta  Ibu Wail  dijemput  menemui  beliau.Nabi  hendak  mengetahui  bagaimana  keadaan &  perlakuan  Wail  terhadap  Ibunya  sebelum  sakit.
Apabila  ditanya,Ibu Wail  menyatakan  anaknya  sentiasa  mencaci  maki  lantaran  hasutan  isterinya.Dia  percaya  &  mengikut  apa  sahaja  yang  dilaporkan  isterinya  tanpa  usul  periksa.Ini  menyebabkan  Ibunya  berasa  sakit  hati  kepadanya.
Nabi  Muhammad  memujuk  Ibu  Wail  supaya  segera  mengampuni  dosa  anaknya  yang  derhaka.Tetapi  Ibunya  Wail berkeras  tidak  mahu  memenuhinya.Dia  berkata  air  matanya  belum  kering  lantaran  perbuatan  Wail  yang  menyakitkan  hatinya.
Melihat  keadaan itu,Nabi  termenung  seketika.Kemudian,Baginda  menyuruh  para  sahabat  mengumpul  kayu  api.Wail akan  dibakar  hidup-hidup.
Nabi  Muhammad  menyatakan,Jika  ibu Wail  tidak  mahu  memaafkan  dosa  anaknya,Wail  akan  menderita  dalam  menghadapi  maut  dalam jangka  waktu  yang  tidak pasti.
Mendengar  kata-kata  Nabi  itu,Ibu Wail  segera  berkata,
“Wahai  Rasulullah,jangan  dibakar  dia.Wail  anakku.Aku  telah  ampuni  dia.Kesalahannya  aku  telah  maafkan.”
Menurut sahabat,Sebaik  sahaja  Wail  diampuni  Ibunya,Wajahnya mula  berubah.Akhirnya,dia dpat  mengucap  Syahadat  &  menghembuskan  nafas  terakhir.Perbuatan  derhakanya  itu  yang  menyebabkan  Wail  menderita  sakit.
Oleh itu,hendaklah  kita  sedar  akan  hakikat  kepentingan  kedudukan  IbuBapa  di sisi Islam,setiap  anak  hendaklah  berhati-hati  dalam  hubungannya  dengan  mereka.Berbaktilah  kepada  mereka.Jangan  sekali-kali  hati  kedua-duanya  disakiti.Teladanilah  apa  yg  berlaku  ke  atas  Wail.Semoga  hidup  kita  diberkati  &  diRahmati  Allah  S.W.T di  dunia  &  akhirat.

“Berbuat  baik &  tunjukkan  baktimu  kepada  Ibubapamu  tanpa  mengenal  letih  &  lelah  sebagaimana  mereka  telah  berbuat  begitu  sepanjang  hayat  mereka.Ianya  akan  menambah  keberkatan  pada  umurmu,menambah  rezeki  &  keampunan  atas  dosa-dosamu.”

-IMAM  SYAFIE-


No comments:

Post a Comment